Presiden FAM Tidak Setuju Timbalan Jadi Orang Tengah

Diterbitkan: Ahad, 8 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah tidak bersetuju dengan cadangan Timbalannya yang juga anakanda baginda, Tengku Abdullah untuk menjadi perantara dalam krisis penggantungan Tan Sri Annuar Musa selama dua tahun enam bulan.

Sultan Ahmad yang juga Sultan Pahang bertitah, sebagai presiden FAM, baginda perlu menyokong hukuman yang telah dijatuhkan terhadap Annuar yang juga seorang lagi timbalan presiden kerana ia tertakluk kepada perlembagaan FAM. "Saya sudah bersetuju dengan hukuman yang dijatuhkan terhadap Annuar, kemudian mahu sokong pula cadangan (Tengku Abdullah) nak jadi orang tengah, ini tidak betul.

"Saya mesti sokong hukuman terhadap Tan Sri Annuar Musa dan persatuan bola sepak saya. Saya merupakan presiden, peraturannya ada, jadi Annuar kena tunggu. Bukan Annuar seorang, sebelum ini ada orang lain lagi yang kena (tindakan)," titah baginda kepada pemberita pada majlis perasmian Program Penghijauan Pahang di Pulau Beram di sini.

Tengku Abdullah dalam satu kenyataan pada Sabtu memberi reaksi dengan nasib Annuar selepas didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik skuad bola sepak negara.

Sultan Ahmad Shah turut menasihati supaya pihak yang berkenaan tidak terlalu bebas meluahkan pandangan tetapi bertindak mengikut perlembagaan.

"Kita merdeka, tapi kena ikut perlembagaan. Saya sendiri tak berani cakap, kalau kita tidak ikut (perlembagaan), siapa lagi. Orang luar, tentu tidak," tegas baginda.

Baginda juga menafikan dakwaan Annuar kononnya diminta oleh FAM menerusi e-mel untuk membayar kos perbelanjaan mesyuarat jawatankuasa tersebut yang bersidang pada 4 April lalu.

"Itu bidaah (tidak betul). Kena bayar untuk apa sedangkan mesyuarat diadakan di FAM. Saya akan hubungi Setiausaha Agung untuk pastikan betul atau tidak perkara ini," titah baginda. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan