Yunus Berang Kekalahan Anak Didik, Anggap Aksi Terburuk Liga Super Musim Ini

Diterbitkan: Sabtu, 7 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kekalahan memalukan 1-4 pasukan T-Team ke atas Selangor PKNS di laman sendiri malam Jumaat mengundang kemarahan pengendalinya, Yunus Alif yang menganggap permainan terburuk anak buahnya sepanjang kempen Liga Super musim ini.

Tanpa sebarang kemenangan dalam dua perlawanan, Yunus perlu mencari ramuan menyekat segera prestasi merudum sekaligus memperbaiki kedudukan penyu muda dalam carta liga.

"Saya cukup kecewa melihat rentak permainan pemain saya yang begitu buruk dan memalukan tidak pernah terjadi sebelum ini.

"Semua posisi longgar dan mudah dibolosi pihak lawan gara-gara terlalu yakin terhadap pasukan lawan," katanya ketika diminta mengulas mengenai aksi hambar perlawanan malam Jumaat.

Yunus berkata apa yang lebih mengecewakan lagi hasrat T-Team untuk menjarakkan keselesaan kedudukan di tangga keempat dengan 19 mata dalam carta liga tidak kesampaian dan berkemungkinan mampu dirampas oleh Negeri Sembilan yang kekurangan satu perlawanan dengan 18 mata, mahupun Selangor (17 mata).

Jelasnya beliau sedar pasukan lawan mempamerkan rentak yang pantas, berbeza dengan sebelumnya, dan ini memerangkap barisan pertahanan T-Team yang dilihat agak leka walaupun telah diberikan peringatan dan nasihat.

"Oleh itu saya akan buat rombakan besar-besaran yang mana-mana posisi didapati tidak kemas akan diganti. Kita tidak mahu perkara ini berterusan bagi meneruskan perjuangan liga yang akan memasuki babak kedua tidak lama lagi," katanya.

Yunus berkata pemain import baru dari Brazil, Marco Tulio Lopes Silva telah diturunkan buat pertama kali pada malam tadi namun gagal membantu di bahagian serangan.

"Mungkin beliau masih terlalu baru dengan pasukan kita menyebabkan dia tidak dapat keserasian dengan pemain-pemain yang lain. Walau apapun kita harap dia mampu menyerlah dalam perlawanan akan datang," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: T-Team , Selangor PKNS , Yunus Alif , Liga Super

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan