Penggantungan Annuar Sebahagian Permainan Dunia Bola Sepak - Shabery

Diterbitkan: Jumaat, 6 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: "(Waima) pemain bola sepak yang baik sekalipun tidak bermakna dia tidak akan dikenakan kad merah," kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, merujuk kepada penggantungan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri selama 30 bulan.

Ahmad Shabery berkata walaupun umum tahu Annuar banyak memberi sumbangan kepada dunia bola sepak tempatan, terutamanya pasukan Kelantan sehingga berjaya menjadi pasukan hebat, ia tidak bermakna bahawa Annuar kebal daripada sebarang tindakan.

"Ia adalah sebahagian daripada permainan dalam dunia bola sepak sendiri. Adakalanya pengadil terpaksa layangkan kad kuning, atau kad merah, walaupun adakalanya keputusan itu tidak digemari para penyokong, tapi keputusan tetap keputusan," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Standard Chartered Fun Run di sini, Ahmad Shabery berkata beliau difahamkan Annuar sendiri sudah akur dengan keputusan itu.

Pada Rabu, Annuar dikenakan hukuman gantung 30 bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas jawatankuasa itu mendapati beliau bersalah membuat kenyataan akhbar negatif mengenai skuad bola sepak negara pada 12 Februari lepas.

Akibat hukuman itu, Annuar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti badan induk bola sepak negara, serta dalam aktiviti Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di mana beliau adalah Presiden.

Ahmad Shabery berkata beliau melihat Annuar dikenakan kad merah terhadap tindakannya, yang dikatakan melanggar sebahagian daripada disiplin persatuan.

"Pengadil dah berikan kad merah, dia kena akur, kalau dia lawan dia akan berhadapan dengan masalah-masalah lain pula," katanya, sambil mengakui bahawa keputusan itu mengakibatkan satu kehilangan dalam arena bola sepak negara.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery mengucapkan tahniah kepada atlet lawan pedang Yu Peng Kean yang baru melayakkan diri ke Sukan Olimpik London berdasarkan merit.

Atlet lawan pedang negara acara sabre individu berusia 21 tahun itu berjaya ke pentas temasya sukan berprestij Julai nanti selepas menduduki tangga kedua dalam ranking Asia, selepas tempoh kelayakan dimuktamadkan hujung Mac lepas.

"Saya terkejut, tapi amat gembira kerana acara ini kita tak pernah terlintas sebagai satu daripada agenda 'Road to London'. Tak semena-mena dia datang, dia buktikan keupayaannya bukan saja dalam Sukan SEA. Sekarang jumlah atlet ke London dah bertambah," katanya.

Ahmad Shabery berkata sebagai menunaikan janji, atlet itu akan diberikan elaun terus RM2,500 kerana melayakkan diri ke Sukan Olimpik, dan beliau turut memuji kehebatan persatuan lawan pedang Malaysia.

"Ini contoh satu persatuan yang melalui detik-detik kegawatan satu masa dulu kerana terjerumus dalam krisis, dan kini mereka sudah selesaikanya. Pihak kementerian akan bantu persatuan untuk berikan apa saja bantuan terbaik bagi memastikan atlet itu dapat beri impak besar di Sukan Olimpik nanti," katanya.

Sementara itu, sehingga hari ini 1,200 peserta mengesahkan menyertai larian 'Standard Chartered Fun Run 2012' dijadualkan pada 26 Mei, sempena sambutan Hari Beliau Negara di Putrajaya.

Larian itu, yang merupakan acara pendahulu program 'Standard Chartered KL Marathon' yang dijadualkan pada 24 Jun, kali ini mensasarkan menarik penyertaan 8,000 peserta berbanding 5,000 pelari tahun lepas.

Untuk menyertai acara ini, orang ramai boleh mendaftar secara dalam talian di www.funrun.com.my dan menerusi borang yang boleh diperoleh di Sekretariat Hari Belia Negara 2012, Kementerian Beliau dan Sukan, pejabat Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, dan pejabat Avitelle, di Mutiara Damansara, Petaling Jaya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan