Bojan Hodak Sifatkan Kemenangan Kelantan Hadiah Buat Annuar

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Ketua Jurulatih Kelantan, BoJan Hodak menyifatkan kemenangan 3-0 Kelantan ke atas pasukan Indonesia, Arema FC pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan H Piala AFC malam Rabu sebagai hadiah bermakna buat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.

Bojan berkata, kemelut yang melanda Annuar ternyata memberi suntikan semangat kepada anak buahnya ketika menghadapi pasukan lawan walaupun bermain tanpa beberapa tonggak utama pasukan Kelantan.

"Kita bermain lebih baik pada malam ini...bagaimanapun, saya tak menjangka kita menang dengan jumlah gol yang banyak," katanya pada sidang media selepas perlawanan tersebut di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini, malam Rabu.

Pada perlawanan tersebut, penyerang import Kelantan dari Lubnan, Mohamad Ghaddar mencatat hatrik menyumbat semua gol buat The Red Warriors.

Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM, hari ini digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Arema FC, Dejan Antonic, akur dengan kekalahan pasukannya itu dan berjanji akan memberi saingan yang lebih hebat pada perlawanan timbal balik di Surabaya, Indonesia pada 10 April ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan