KFA Masih Beri Peluang Kepada Hamidan Bukti Kemampuan

Diterbitkan: Rabu, 4 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) masih memberi peluang kepada penyerang import Hamidan Mohammed untuk membuktikan kemampuannya dan tidak akan tergesa-gesa untuk menggantikannya dengan pemain lain.

Timbalan Presiden KFA Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata buat masa ini, penyerang dari Ghana itu yang sebelum ini dikatakan akan digugurkan kerana gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan, masih bermain untuk Kedah.

Katanya tiada apa-apa perubahan berlaku dalam pasukan itu memandangkan prestasi Hamidan semakin meningkat.

"Kita belum buat keputusan yang muktamad lagi. Prestasi dia (Hamidan) pun makin meningkat, jadi kita ada masa lagi untuk menilai prestasi permainan dia. Kita tunggu dan lihat la macam mana nanti," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Eksekutif KFA di Wisma Darulaman di sini, Rabu.

Selain Hamidan, Kedah mempunyai seorang lagi pemain import iaitu pemain midfield Abd Elfatah Safi.

Beliau berkata kedudukan Hamidan untuk terus bersama Kedah atau sebaliknya bergantung kepada analisis jurulatih pasukan.

"Kita telah memberi mandat untuk jurulatih pasukan menilai semua pemain, bukannya Hamidan sahaja. Jika kita lihat prestasi Hamidan diawal kemunculannya sehingga sekarang, dia telah menunjukkan peningkatan prestasi yang baik dan dia juga akan diturunkan untuk menentang Felda United Sabtu ini," katanya

Syed Unan Mashri berkata beliau berharap pemain dari Ghana itu akan terus menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dan membantu pasukan Kedah menduduki tangga teratas liga.

Hamidan sebelum ini dikritik pelbagai pihak kerana gagal melaksanakan tugasnya sebagai penyerang sejak awal musim Liga Malaysia tetapi keadaan berubah dalam dua perlawanan terakhir apabila berjaya menghasilkan empat gol.

Pada perlawanan kedua saingan suku akhir Piala FA antara Kedah dan T-Team pada 27 Mac lepas, Hamidan membantu kemenangan kepada Kedah selepas menyumbang dua gol untuk mengalahkan T-Team 2-1 dan dua gol lagi ketika menumpaskan Perak 3-0 dalam saingan Liga Super. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan