Kelantan Catat Kemenangan Pertama Tewaskan Arema FC 3-0

Diterbitkan: Rabu, 4 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kelantan mencatat kemenangan pertama pada saingan Piala AFC apabila menewaskan Arema FC dari Indonesia 3-0 pada perlawanan ketiga kumpulan H di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini, malam Rabu.

Penyerang import dari Lubnan, Mohamad Ghaddar menjadi wira The Red Warriors apabila melakukan hatrik melalui jaringan pada minit ke-23, 47 dan 89.

Kelantan yang bermain tanpa tonggak utama seperti Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha dan Azizi Mat Rose lebih banyak menguasai permainan pada perlawanan itu.

Pasukan lawan bagaimanapun cuba bangkit dengan melakukan beberapa asakan, namun percubaan lemah pasukan pelawat gagal mencipta jaringan.

Ini adalah kemenangan pertama Kelantan pada saingan peringkat kumpulan. Sebelum ini kedua-kedua dalam kumpulan H itu masing-masing mencatat satu keputusan seri dan satu kalah.

Kelantan seri tanpa jaringan dengan Navibank Saigon dari Vietnam dan tewas 1-3 kepada Ayeyawady United dari Myanmar manakala Arema FC dari Indonesia pula seri 1-1 dengan Ayeyawady dan tewas 1-3 dengan Navibank.

Kelantan akan bertemu Arema FC pada perlawanan timbal balik pada 10 April di Surabaya, Indonesia.

Terdahulu, lebih 10,000 penyokong gamat seketika apabila melihat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa yang turut hadir memberikan sokongan dengan melaungkan kata-kata 'Hidup Tan Sri' sebagai sokongan selepas beliau dikenakan hukuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), petang ini.

Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM, hari ini digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu.

Senarai pemain: Kelantan: Mohd Shahrizan Ismail, Subramaniam Sooryapparad, Obinna Nwaneri, Mohd Shakir Shaari, Mohd Nurul Azwan Roya (Indra Putra Mahyuddin), Mohd Daudsu Jamaludin (Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim), Mohd Badhri Mohd Radzi (C), Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohamad Ghaddar, Chanthuru Suppiah dan Antwi Dennis Agyare.

Arema FC, Indonesia: Fariz Bagus Dhinata, Roman Chmelo (Herman Rhomansyah), Andrew Barisic, Hermawan, Irfan Raditya, Putut Waringin Jati, Gunawan Dwi Cahyo, Legimin Raharjo (C), Abdulmushafry Talaohu, Dennis Romanovs dan Marko Krasic. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan