T-Team Dijangka Tampil Pemain Import Baru Dari Brazil

Diterbitkan: Selasa, 3 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan T-Team dijangka menurunkan penyerang import baru dari Brazil, Marco Tulio Lopez Silva, buat pertama kali pada perlawanan Liga Super menentang Selangor PKNS, di sini, Jumaat ini.

Jurulatihnya Yunus Alif berkata pengalaman pemain import itu dalam liga antarabangsa sebelum ini dapat membantu pasukan itu mengharungi baki perlawanan Liga Super musim ini.

"Saya berharap pendaftaran pemain import itu dapat berjalan lancar apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuka sesi kedua pendaftaran sehingga 16 April ini," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Sekiranya pendaftaran Marco Tulio, 31, diterima oleh FAM, pemain itu, yang pernah bermain untuk pasukan kelab di Hungary, Bulgaria dan Jepun, menjadi sandaran pasukan T-Team bagi memburu kedudukan tiga tempat teratas liga musim ini.

T-Team terpaksa menggunakan khidmat Marco Tulio setelah pemain importnya sebelum ini, Zacharia Simokunda dari Zambia disingkirkan kerana prestasinya tidak memuaskan.

Pasukan yang berstatus kelab dari Terengganu ini kini menghuni di tangga keempat dengan 19 mata di belakang 'abangnya' Terengganu, Lions XII dan pendahulu liga, Kelantan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan