Ivanovic Gembira Dengan Perubahan Torres

Diterbitkan: Selasa, 3 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Torres selepas menjaringkan gol ketika bertemu Aston Villa Sabtu lalu.
Aksi Torres selepas menjaringkan gol ketika bertemu Aston Villa Sabtu lalu.

PEMAIN pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic percaya Fernando Torres sudah menjumpai rentaknya dan memberi faktor positif kepada kelab dalam misi menamatkan musim sukar ini dengan dua trofi.

Torres menamatkan musim kemarau gol sejak enam bulan lalu dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menjaringkan gol terakhir Chelsea ketika menentang Aston Villa Sabtu lalu.

Jaringan yang dilakukan di Villa Park itu memberi kesan besar, lebih-lebih lagi kepada penyokong The Blues.

Ivanovic mengakui Torres sudah banyak berubah dan akan menamatkan musim ini dengan keadaan yang baik.

"Ia adalah gol yang penting bagi Torres. Dia telah mempamerkan aksi baik di padang.

"Dia juga telah berusaha keras untuk pasukan dan saya rasa dia layak untuk menjaringkan gol.

"Torres adalah pemain hebat dan sudah tentu sebelum ini dia rasa tertekan dan kami akan terus menyokongnya," kata Ivanovic.

Torres menjaring gol pada minit terakhir perlawanan yang menyaksikan Chelsea menang 4-2 ke atas Aston Villa.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan