Mancini Tidak Percayakan Balotelli

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mancini (kanan) menyerahkan jersi kepada Balotelli ketika pemain itu tiba di pusat latihan Carrington pada Ogos 2010.
Mancini (kanan) menyerahkan jersi kepada Balotelli ketika pemain itu tiba di pusat latihan Carrington pada Ogos 2010.

PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini mengakui Mario Balotelli tidak boleh dipercayai dalam misi pasukan itu untuk meraih trofi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Perangai Balotelli tidak boleh dijangka malah pemain berumur 21 tahun itu, turut berkelakuan pelik selepas dia muncul pada sidang media Inter Milan Selasa lalu ketika Andrea Stramaccioni diumumkan sebagai pengurus baru bekas kelabnya itu.

Mancini pastinya tertekan, lebih-lebih lagi Sergio Aguero mengalami kecederaan, Carlos Tevez masih berusaha meningkat kecergasan, dan Balottelli dilihat bakal menjadi peranan utama.

Namun Mancini sedar dia tidak boleh terlalu berharap kepada penyerang Itali itu.

“Saya tidak percayakan Mario. Tidak ada siapa yang percayakan dia.

“Dia pemain terkenal dan boleh melakukan apa sahaja. Dia boleh menjaringkan dua gol ketika menentang Arsenal minggu depan. Tetapi dia juga boleh mendapat kad merah.

“Sehingga kini dia telah mempamerkan aksi terbaik dan dalam baki lapan perlawanan dia antara pemain yang penting bagi kami. Tetap untuk percayakan dia? Tak pernah,” katanya.

Sementara itu Mancini menambah bahawa dia tidak boleh mengurung Mario di rumah ketika diberi hari pelepasan cuti selama dua hari.

“Harapnya masa akan tiba dan dia tahu apa yang perlu dilakukan ketika diberi cuti dua hari.

"Saya juga berharap dia akan lebih matang kerana ini adalah kerjayanya. Dia perlu bekerja dan rehat. Tetapi dia masih muda,” tambah Mancini.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan