Piala FA: T-Team Sasar Menang Di Laman Sendiri

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Skuad T-Team kini dalam misi mencipta kemenangan di laman sendiri pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA menentang Kedah pada Selasa setelah terikat seri tanpa jaringan pada suku akhir pertama di tempat lawan Sabtu lepas.

Jurulatih T-Team Yunus Alif berkata kemenangan pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam esok amat penting bagi membolehkan nyalaan misi skuad Penyu Muda melangkah ke separuh akhir.

Katanya semangat anak buahnya kini berkobar-kobar dengan keputusan seri 0-0 pada pertemuan sebelum ini ditambah bermain di hadapan penyokong sendiri yang menjadi faktor mampu mencatat kemenangan agregat menjinakkan skuad Kenari itu.

"Pertemuan suku akhir pertama di Kedah (Stadium Darul Aman) Sabtu lepas, kubu pertahanan kita berjaya bertahan dan tidak bolos walaupun diserang bertali-arus selama 90 minit.

"Kali ini giliran kita pula mengasak sebagaimana mereka mengasak kita dalam pertemuan sebelumnya. Saya mahu pemain saya tidak beri peluang kepada mereka untuk rapat ke kawasan kita," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya pemain pertahanan yang juga bekas pemain Kedah musim lepas, Shahril Faizal Sharifuddin dijangka diturunkan dalam perlawanan esok bagi memperkuatkan barisan belakang.

Shahril Faizal, pemain berusia 32 tahun itu tidak diturunkan ketika T-Team bertandang ke Kedah ekoran pehanya masih belum pulih daripada kecederaan.

Dalam pada itu, Yunus mengingatkan anak didiknya supaya menjalankan tugas masing-masing dengan sebaik mungkin dan mengikut strategi yang disusun bagi memudahkan mereka memburu gol.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan