Azzuddin Bebas Tuduhan Hina Skuad Negara

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jawatankuasa Tata Tertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Selasa memutuskan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad bebas daripada tuduhan mengkritik secara terbuka prestasi skuad Olimpik negara menerusi media baru-baru ini.

Pengerusi jawatankuasa itu Datuk Taufik Abdul Razak berkata rakaman video dan laporan akhbar yang diteliti mendapati Azzuddin tidak bersalah dan hanya mengeluarkan kenyataan secara umum sahaja.

"Panel jawatankuasa ini juga berpuas hati yang kenyataan Azzuddin tidak bercanggah dengan perkara 4.5.8, Kod Tata Etika FAM 2011 di mana kenyataan itu tidak menghina skuad olimpik negara mahupun FAM sebagai badan induk bola sepak negara.

"Sebagai Setiausaha Agung FAM, Azzuddin mempunyai kuasa untuk membuat teguran dan mengeluarkan kenyataan kepada media bagi mewakili FAM seperti mana yang diperuntukan pada Artikel 80," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Wisma FAM pada Selasa.

Taufik juga menjelaskan jawatankuasa itu bukan sengaja lewat membuka kertas siasatan terhadap Azzuddin.

Media sebelum ini mendakwa jawatankuasa itu sepatutnya membuka kertas siasatan ke atas Azzuddin kerana mengkritik kegagalan skuad Olimpik 16 Mac lepas namun sengaja melewat-lewatkanya.

Sementara itu, Taufik mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima surat membela diri daripada Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa yang dikepilkan bersama Borang B iaitu borang membukti dirinya tidak bersalah terhadap pertuduhan mengkritik prestasi skuad kebangsaan baru-baru ini.

"Bagaimanapun kes itu, yang sepatutnya dibicarakan pada Khamis ini (29 Mac) terpaksa ditunda ke 4 April kerana Annuar perlu mengahadiri majlis di Kelantan," katanya.

Annuar didakwa melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar di mana hanya Presiden FAM Sultan Ahmad Shah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM, sahaja yang boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.

Beliau juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Feb lepas iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa yang berkenaan.

Selain itu, Jawatakuasa Tatatertib FAM menggantung dua perlawanan Liga Malaysia dan mendenda RM3,000 terhadap pemain import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona.

Taufik berkata pemain berasal dari Cameroon itu didapati sengaja mengasari pemain Felda United dalam pertemuan Liga Super pada 21 Januari lepas. -BERNAMA BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan