Pafa Tinjau Bekas Ayam Tambatan Di India

Diterbitkan: Ahad, 25 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) akan menghantar jawatankuasa pemilihan ke India hujung bulan ini bagi melihat prestasi bekas ayam tambatan mereka iaitu Keita Mandjou yang kini beraksi dengan Pune FC.

Presidennya, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, pemain kelahiran Guinea itu sebelum ini telag menghubungi salah seorang pegawai persatuan menyatakan kesudiannya untuk pulang semula menyertai Perak.

"Walaupun Keita masih mempunyai kontrak bersama Pune FC sehingga bulan Jun ini, tetapi beliau menyatakan hasrat untuk pulang ke Malaysia. Keita yang mendapat lamaran dari beberapa pasukan Liga Super menyatakan Sukad Seladang menjadi pilihan utamanya.

"Tetapi apapun keputusan akan bergantung kepada laporan pegawai teknikal yang akan terbang ke India hujung bulan ini bagi menyaksikan perlawanan yang melibatkan Keita yang dijadual 1 April ini," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Zainol berkata, Keita sepatutnya menyertai empat pemain import lain berlatih dengan pasukan Perak bulan ini tetapi tidak dapat hadir di saat akhir kerana terpaksa membuat persiapan untuk satu perlawanan penting yang lain.

Keita yang kini berusia 32 tahun mengikat perjanjian dengan pasukan Perak pada September 2004 dan meninggalkan pasukan pada 2007 disebabkan masalah keluarga.

Beliau menerima Anugerah Kasut Emas pada tahun 2006 selepas menjaringkan 17 gol dan pernah dicalonkan sebagai Pemain Import Terbaik tetapi gagal dimenanginya.

Sementara itu, Zainol berkata, pemain import dari Siberia, Lazar Popovic akan digugurkan dari skuad Seladang selepas Pafa memperoleh pemain import lain.

"Surat bagi menamatkan kontrak beliau sedang diuruskan dan jawatankuasa pengurusan sedang mencari pemain import baru bagi memenuhkan kuota yang dibenarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)," katanya.

Bukan sahaja pemain import, tetapi kita sedang mencari dua pemain lain bagi memenuhkan pendaftaran pemain tempatan, katanya.

Tambahnya, Perak terpaksa menggantikan seorang pemain yang menghadapi kecederaan dan pada masa yang sama sedang mencari pemain lain untuk didaftarkan ke dalam pasukan.

Pada masa ini, terdapat empat pemain import dari Arfika sedang menjalani latihan bersama pasukan Perak bagi pendaftaran kedua yang bermula 2 hingga 16 April ini.

Keempat-empatnya dari Ghana, Cameroon, Liberia dan Zambia mula menjalani latihan dengan skuad Seladang awal minggu lepas dan telah diuji dalam dua perlawanan persahabatan menentang Pahang dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Zainol berkata, pihaknya menyerahkan kepada ketua jurulatih, Norizan Bakar untuk membuat keputusan dalam memilih pemain yang sesuai untuk mewakili pasukan.

"Pemilihan pemain akan ditentukan jurulatih selepas melihat prestasi mereka di dalam latihan dan perlawanan ujian. Kita tidak akan membuat sebarang keputusan yang merugikan persatuan kerana pembangunan sebuah pasukan melibatkan kos yang terlalu tinggi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan