Enggan Jadi Juara Satu Musim Sahaja: Subahan

Diterbitkan: Khamis, 22 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Subahan (kanan) dan Rajagobal yakin skuad Malaysia masih lagi pasukan terbaik di peringkat Asean.
Subahan (kanan) dan Rajagobal yakin skuad Malaysia masih lagi pasukan terbaik di peringkat Asean.

SHAH ALAM: Pengurus bola sepak pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal yakin skuad negara masih berada di landasan yang betul walaupun menerima pelbagai teguran dan kritikan mengenai persembahan mereka ketika mengharungi beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini.

Menurut Subahan, pihaknya sentiasa memantau perkembangan skuad kebangsaan termasuk turut melakukan perbincangan mengenai program berterusan bagi memastikan kejayaan menjulang Piala AFF 2010 dapat diteruskan.

"Kami tidak mahu menjadi juara satu musim sahaja dan akan cuba mempamerkan aksi terbaik dalam apa jua kejohanan.

"Untuk memastikan kesinambungan itu kami perlu ada satu kumpulan pemain-pemain muda yang boleh dipanggil bila-bila masa apabila diperlukan. Inilah formula yang kami gunakan.

“Matlamat kami juga ingin mempertahankan kejuaraan Piala AFF tahun ini, lebih-lebih lagi Malaysia dan Thailand menjadi tuan rumah bersama.

"Sekurang-kurang pasukan negara layak beraksi pada final peringkat pertama.

"Selain tumpuan utama Piala AFF kami juga turut memberi fokus untuk beraksi buat kali pertama pada Piala Asia 2015 di Australia,” katanya pada sidang media, Khamis.

Subahan berkata, untuk mecapai matlamat ini, amat penting bagi pihaknya untuk mencari dan menyediakan pemain-pemain muda dan tidak hanya bergantung kepada pemain-pemain sebelum ini sahaja.

“Kami mahu kumpulan pemain yang lebih ramai dan bukan sahaja bergantung kepada Safee Sali, Safiq Rahim ataupun Khairul Fahmi Che Mat.

“Sebab itulah kali ini kami memanggil ramai pemain muda turun menjalani latihan pemilihan skuad kebangsaan ini,” katanya.

Katanya, pihak FAM tidak goyang seperti yang dilaporkan namun sebenarnya telah merancang pelbagai persiapan untuk skuad kebangsaan ini.

"Kami turut merangka untuk mengadakan perancangan mengadakan perlawanan antarabangsa sepanjang tahun ini dan masih menunggu jawapan bagi perlawanan persahabatan ini.

“Setakat ini pasukan Singapura sudah bersetuju untuk mengadakan perlawanan persahabatan ini, manakala pasukan Thailand pula mempunyai program lain pada tarikh yang diberikan dan cuba mencari tarikh baru.

"Pasukan Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan New Zealand masih belum mendapat jawapan daripada mereka.

“Pada bulan November nanti kemungkinan pasukan akan berlatih di luar negara sebelum kejohanan AFF membuka tirai,” katanya.

Sementara itu seramai 66 pemain dari pelbagai pasukan dan kelab dipanggil bagi menjalani latihan pusat yang dikendalikan oleh ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K.Rajagobal.

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Subahan Kamal , Piala AFF

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan