Muamba Sudah Boleh Bercakap: Rakan

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muamba diusung keluar padang selepas rebah ketika perlawanan Piala FA menentang Tottenham Hotspur, Sabtu lalu.
Muamba diusung keluar padang selepas rebah ketika perlawanan Piala FA menentang Tottenham Hotspur, Sabtu lalu.

LONDON: Bolton Wanderers mengesahkan pemain tengahnya, Fabrice Muamba semakin sedar dan menunjukkan tanda-tanda positif.

"Muamba menunjukkan perkembangan positif, tapi dia masih ditempatkan di unit rawatan rapi," katanya.

Dua rakannya, Emmanuel Adebayor (Tottenham Hotspur) dan Michael Essien (Chelsea) yang melawatnya memberitahu, Muamba sudah boleh bercakap sedikit dalam bahasa Inggeris dan Perancis.

"Dia tidak lagi menggunakan alat bantuan penafasan dan sudah boleh mengenali ahli keluarganya," kata mereka.

Pemain tengah itu terpaksa dikejarkan ke hospital, malam Sabtu selepas rebah disyaki akibat serangan jantung ketika beraksi dalam perlawanan Piala FA menentang Spurs di White Hart Lane.

Muamba menerima bantuan pernafasan kecemasan (CPR) di atas padang dan jantungnya terhenti seketika kira-kira dua jam sebelum dia tiba di hospital.

Pemain berusia 23 tahun itu dilaporkan sudah mula menggerakkan tangan dan kakinya tetapi dia masih dianggap dalam keadaan kritikal.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan