Tiket Piala AFC Terengganu/Kitchee FC Dijual 19 Mac

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tiket untuk perlawanan kedua kumpulan F Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) antara Terengganu dan pasukan kelab dari Hong Kong, Kitchee FC akan mula dijual sehari sebelum perlawanan iaitu pada 19 Mac.

Perlawanan bermula pukul 4.45 petang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini pada 20 Mac.

Pegawai media kejohanan Sheikh Tajuddin Sheikh Yusof berkata tiket terbahagi kepada dua kategori iaitu RM30 untuk tempat duduk berbumbung dan RM15 untuk tempat duduk terbuka.

"Penonton boleh membeli tiket perlawanan di pintu stadium berkenaan dari pukul 3 hingga 6 petang pada 19 Mac dan pukul 9 pagi pada hari perlawanan sekiranya tiket masih belum habis dijual," katanya kepada pemberita semasa sidang media mengenai perlawanan itu di sini, Rabu.

Sheikh Tajuddin, yang juga Naib Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu, (PBSNT) berkata penonton yang menyaksikan perlawanan itu akan dibenar masuk ke dalam stadium pada pukul 3 petang.

Dalam perkembangan lain, Sheikh Tajuddin berkata kawalan ketat oleh pihak polis bersama pasukan keselamatan akan diadakan di setiap pintu masuk stadium bagi mengelakkan penonton membawa sebarang objek berbahaya masuk ke dalam stadium pada hari perlawanan itu.

Jelasnya PBSNT boleh dikenakan denda oleh AFC sebanyak USD50,000 (RM151,915) bagi objek yang dilemparkan ke atas padang dan berharap penonton menyaksikan perlawanan secara profesional dan berhemah.

"Pasukan keselamatan akan memeriksa setiap penonton yang masuk ke stadium daripada membawa mercun, botol air dan sebagainya bagi mengelak insiden yang tidak diingini terjadi.

"Kita harap penonton-penonton akan memberikan kerjasama dalam hal ini bagi menjaga nama baik pasukan dan negeri kerana kejayaan Terengganu memasuki Piala AFC ini merupakan satu sejarah dalam arena bola sepak Terengganu," katanya.

Katanya pemain dan pegawai pasukan kelab Hong Kong itu dijadual tiba di sini pada 3.45 petang pada Jumaat ini bagi menyesuaikan diri dengan iklim dan juga permukaan padang perlawanan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan