Terengganu Gusar Dengan Kecederaan Empat Tonggak

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu gusar dengan kecederaan empat tonggak utama menjelang pertemuan dengan Sabah dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Sabtu ini.

Empat pemain tersebut ialah ketua pasukan Marzuki Yusof dan Mohd Muhaimin Omar yang bermain di bahagian pertahanan serta dan dua pemain tengah iaitu Ahmad Nordin Alias dan Reeshafiq Alwi.

"Marzuki sebagai contoh masih belum sembuh sepenuhnya selepas dibedah lutut dan dijangkakan memakan masa yang lama untuk sembuh. Begitu juga dengan tiga pemain lain yang masih dalam proses penyembuhan selepas terlibat dalam kecederaan atas padang.

"Namun walaupun tanpa kelibat empat pemain tersebut, kami yakin kewibawaan pasukan Terengganu tidak akan terjejas lebih-lebih lagi pertemuan diadakan di laman sendiri yang pastinya memberikan kelebihan kepada kami," kata pengurus pasukan Datuk Che Mat Jusoh kepada Bernama.

Menurutnya Terengganu masih memiliki pemain muda seperti Muslim Ahmad dan Mohd Shukur Jusoh yang boleh mengisi kekosongan berkenaan.

Beliau berkata beliau tidak mahu pemain memandang mudah perlawanan Sabtu ini kerana setakat ini beliau masih tidak mengetahui sejauh mana kekuatan sebenar pasukan Sabah musim ini.

"Prestasinya (Sabah) tidak menentu, ada ketika bagus dan tidak bagus. Jadi susah saya nak katakan dan saya mahu pemain haruslah bersiap sedia.

"Terus terang saya katakan, saya tidak bimbang kalau Terengganu berjumpa pasukan kuat namun saya susah hati apabila bertemu pasukan yang kurang kuat," katanya.

Che Mat berkata Terengganu mudah kecundang di tangan pasukan underdog kerana sering mengikut rentak dan tempo permainan lawan hingga Terengganu tewas mengejut. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan