Chelsea, Real Madrid Mara Ke Suku Akhir Liga Juara-Juara - Bola Sepak | mStar

Chelsea, Real Madrid Mara Ke Suku Akhir Liga Juara-Juara

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Chelsea berjaya mara ke pusingan suku akhir Liga Juara-juara dengan membenam Napoli 4-1 selepas masa tambahan dengan agregat 5-4.

Aksi di Stamford Bridge itu menyaksikan Chelsea mengatasi Napoli 3-1 pada perlawanan sepenuh masa tetapi terpaksa dilanjutkan ekoran Napoli memenangi perlawanan pertama di Naples dengan jaringan sama.

Sementara itu, juara sembilan kali Real Madrid turut menempah tiket ke suku akhir selepas menang ke atas CSKA Moscow dengan agregat 5-2. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan