Jurulatih T-Team Bimbang Kelemahan Lambat Diatasi

Diterbitkan: Rabu, 14 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jurulatih T-Team, Yunus Alif melahirkan kebimbangan berhubung kelemahan barisan pemainnya dari segi hantaran bola yang kurang kemas menjelang pertemuan menentang Johor FC dalam saingan Liga Super di Stadium Pasir Gudang, Johor Sabtu ini.

"Saya sedikit bimbang kerana saya akui kelemahan kita ialah dari segi hantaran bola kepada rakan belum begitu kemas dan sempurna dalam setiap perlawanan T-Team," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Yunus berkata bagaimanapun sebagai pemain profesional, beliau yakin akan segera memperbaiki prestasi anak buahnya dari semasa ke semasa bagi mengekalkan rentak kemenangan pada Sabtu ini.

Katanya kewibawaan pasukan T-Team sekarang ini semakin meningkat, setelah berjaya menempah tiket ke perlawanan suku akhir Piala FA musim ini setelah menewaskan Pahang 3-2 pada Jumaat lepas untuk bertemu Kedah 24 Mac ini dan juga kemenangan menentang Sarawak dalam Liga Super sebelum ini.

"Pasukan lawan jangan dipandang mudah kerana matlamat kita ialah untuk mencari menang berterusan sekalipun bermain di tempat lawan.

"Oleh itu saya mahu pemain berjuang habis-habisan untuk merealisasikan impiannya sekalipun akan menghadapi tentangan sengit," katanya.

Sehubungan itu, Yunus percaya semangat pasukan Johor FC turut tinggi memandangkan pasukan tersebut turut menyingkirkan juara lima kali Piala FA, Selangor untuk mara ke pusingan suku akhir piala tersebut musim ini untuk bertemu pasukan berstatus kelab Sime Darby juga pada 24 Mac ini.

"Untuk persiapan itu, kita kini membuat persediaan yang rapi termasuk akan segera mempekemaskan mana-mana kelemahan yang ada untuk mengekalkan rentak yang konsisten," katanya.

Beliau berkata pemain utama pasukan T-Team buat masa ini bebas daripada kecederaan dan ini diharap menjadi faktor utama menyakinkan lagi pasukan itu untuk menghadapi pasukan Johor FC Sabtu nanti.

T-Team sekarang ini menduduki tangga keempat liga dengan 16 mata iaitu menang lima kali, kalah tiga kali dan seri sekali di belakang 'abangnya' Terengganu dengan berkelebihan satu mata. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: T-Team , Yunus Alif , Johor FC , Liga Super , Pasir Gudang

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan