Suarez Sedia Pindah Ke PSG

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Suarez berminat untuk menyertai pasukan Paris St Germain.
Suarez berminat untuk menyertai pasukan Paris St Germain.

PENYERANG Liverpool, Luis Suarez memberitahu stesen televisyen Perancis dia bersedia untuk berpindah ke Paris St Germain (PSG).

Pemain antarabangsa Uruguay itu dikaitkan dengan pendahulu Liga 1 pada musim panas ini dan kapten negaranya, Diego Lugano turut bermain di situ.

Selepas ditanya oleh Canal+ sama ada dia akan bermain dengan kelab PSG itu, Suarez menjawab : “Ya, saya berminat untuk ke Paris, seperti pasukan besar yang lain. Terdapat banyak kelab terkenal dengan reputasi terbaik yang ingin menjadi pasukan teratas dan Paris antara salah satu contoh yang kuat.

“Saya sangat suka jika boleh bermain bersama Lugano.”

Sementara itu, pada awal minggu ini, pengurus pasukan The Reds, Kenny Dalglish memberitahu PSG hanya membuang masa sekiranya berminat dengan Suarez.

“Tidak ada siapa yang bercakap mengenai ini, dan sekiranya ada, sudah tentu tidak akan ada yang berubah. Ia adalah cerita biasa,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan