Piala FA: Terengganu Atur Strategi Jumpa Lions XII

Diterbitkan: Ahad, 11 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu kini mengatur strategi bagi mengelak tumpas di gelanggang sendiri apabila bertemu Lions XII dalam saingan Piala FA peringkat suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah 24 Mac ini.

Jurulatihnya, Mat Zan Mat Aris berkata, ini kerana corak permainan pasukan dari Singapura itu banyak berbeza dalam pertandingan Liga Super berbanding di awal musim lalu.

"Jadi kita kena buat persediaan atau strategi yang betul supaya kita dapat mengatasi halangan pertama ini," katanya kepada pemberita.

Mat Zan berkata, pihaknya sedar kejayaan Terengganu mengalahkan pasukan tersebut 1-0 dalam pertandingan Liga Super di Singapura baru-baru ini, tidak semestinya dapat diulangi dalam Piala FA.

Sebaliknya beliau menyifatkan perlawanan itu sebagai perlawanan yang amat sukar bagi Terengganu kalau tidak mempunyai strategi dan latihan yang betul-betul sempurna.

Sungguhpun begitu, Mat Zan berkata, beliau yakin juara Piala FA tahun lepas itu mampu mengatasi Lions XII berdasarkan kejayaan Terengganu menewaskan Som Lam Nghe Ah 1-0 dalam kejohanan Piala AFC di Vietnam baru-baru ini.

Mengulas mengenai perlawanan Terengganu-Perak dalam perlawanan Piala FA yang berkesudahan Terengganu menang 1-0 di sini malam tadi, beliau berkata ternyata pemain Terengganu keletihan.

"Kami terpaksa bermain tiga perlawanan dalam masa lapan hari, bayangkan macam mana pemain-pemain tidak letih. Apapun kita bersyukur kita menang," katanya.

Mengenai Francis Forkey Doe, pemain import Terengganu yang gagal menjaringkan sebarang gol malam tadi, beliau berkata pemain itu benar-benar disekat dan dikawal pergerakannya oleh pertahanan Perak. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan