Van Persie Tidak Akan Dijual: Wenger

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wenger (kiri) menegaskan bahawa Van Persie (kanan) tidak akan dijual kepada mana-mana pasukan.
Wenger (kiri) menegaskan bahawa Van Persie (kanan) tidak akan dijual kepada mana-mana pasukan.

ARSENE Wenger bertegas bahawa Arsenal tidak akan menjual kaptennya, Robin van Persie kepada Manchester City dan menjangkakan pemain antarabangsa Belanda itu akan terus mengetuai The Gunners.

Van Persie,28, sebelum itu telah bersetuju untuk menyambung kontrak setahun sehingga 2013, tetapi penyerang yang telah menjaringkan 32 musim ini enggan berbincang perkara tersebut sehingga habis musim ini.

Pengurus Manchester City, Roberto Mancini melabelkan Van Persie sebagai salah seorang pemain terbaik Eropah namun Wenger berkata: “Kami tidak akan melepaskan sesiapa ke Man City, atau kepada orang lain kerana kami mahu menjaga pemain-pemain ini.”

Tambah Wenger, pihaknya akan mengikat Van Persie, tanpa ada apa-apa persoalan.

“Sudah jelas kami akan menyimpan Van Persie, dan akan melakukan apa sahaja untuk menyambung kontraknya. Itu sahaja. Yang selebihnya saya hanya boleh biarkan orang bercakap,“ katanya.

Sementara itu, Wenger mahu anak buahnya memberi fokus pada perlawanan awal pagi Isnin ini menentang Newcastle bagi mengukuhkan kedudukan keempat Liga Perdana.

“Untuk memenuhi kontraknya ialah dengan memenangi perlawanan dengan Newcastle dan terus menang pada perlawanan seterusnya.

"Itu adalah profesional. Kamu selalu ingin tahu apa yang terjadi pada tahun 2012 dan 2012, siapa tahu? Secara profesionalnya ialah dengan meraih kemenangan,” katanya.

Sebelum ini Arsenal berat hati menjual bekas kaptennya, Cesc Fabregas yang kembali ke Barcelona musim lalu, sebelum berputus asa untuk menyimpan Samir Nasri yang dijual kepada City dengan harga 24 juta pound (RM113 juta) Ogos tahun lalu.

Wenger mengakui dia tidak mahu situasi itu berulang sekali lagi.

“Tahun lalu buat pertama kali kami kehilangan pemain muda. Situasi itu amat merisaukan dan memberi amaran awal masalah berganda timbul kerana mereka telah pergi di saat akhir dan kedua kami agak terlewat membeli pemain yang ketika itu pasukan sudah berada dalam keadaan sukar,” tambahnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan