Piala FA: T-Team Sahkan Tempat Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan T-Team mengesahkan slot ke peringkat suku akhir Piala FA setelah menundukkan Pahang 3-2 dalam perlawanan sengit di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam Jumaat.

Bermain di laman sendiri memberi keyakinan kepada pasukan yang diberi jolokan 'penyu muda' itu menguasai permainan sebaik wisel permulaan ditiup pengadil perlawanan Mohd Nazmi Nasarudin.

Babak pertama menyaksikan benteng pertahanan T-Team kendalian pemain yang baru pulih dari kecederaan, Fadzli Saari dengan gandingan pemain import Bosnia Herzegovina Bojan Petric, ternyata sukar ditembusi skuad Tok Gajah, yang sekadar mampu melakukan rembatan jarak jauh.

Namun, selang empat minit babak kedua (minit ke-49), Pahang memperoleh gol pembukaan menerusi Hazuan Daud, yang membuat rembatan dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol tuan rumah.

Tersentak dengan jaringan pelawat, anak didik Yunus Alif bangkit mencari gol penyamaan dan Azrul Hazran bijak mencari peluang dengan meledakkan gol penyamaan pada minit ke-55.

Kealpaan T-Team kemudian dihukum pasukan pelawat pada minit ke-58 menerusi jaringan gol kedua oleh Azamuddin Akil.

T-Team yang ingin menempatkan diri sebagai pasukan pertama layak ke suku akhir, berjaya mencari gol penyamaan lima minit kemudian dengan jaringan Fadzli Saari.

Aksi bertambah rancak apabila kedua-dua pasukan melancarkan serangan bertubi-tubi ke gol lawan masing-masing.

Bagaimanapun, nasib ternyata memihak kepada T-Team apabila pada minit-minit terakhir, Faiz Subri menjadi wira apabila berjaya memecah kebuntuan itu dalam masa tambahan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan