Ahmad Said Mahu T-Team Perkemas Corak Permainan

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said meminta T-Team memperkemas corak permainan mereka yang dilihat lemah sekiranya mahu melangkah lebih jauh dalam saingan Piala FA musim ini.

Skuad yang diberi jolokan Penyu Muda itu mengesahkan slot ke suku akhir Piala FA setelah menundukkan Pahang 3-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi untuk bertemu sama ada Perlis atau Kedah pada 24 Mac ini.

"Saya minta pengurusan pasukan T-Team berikan perhatian terutamanya di barisan pertahanan yang rapuh dan longgar walaupun kita menang menentang Pahang malam tadi," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata banyak kesilapan mudah dilakukan oleh pertahanan dan penjaga gol T-Team menyebabkan Pahang mudah membolosi benteng pertahanan untuk menjaringkan gol.

"Dulu saya juga pernah main bola sepak. Saya pernah menjadi penjaga gol, main di bahagian pertahanan dan serangan. Jadi saya tahu cara-caranya," katanya.

Ahmad juga berkata semangat pemain perlu dipertingkatkan lagi supaya tidak mudah menggelabah ketika diasak seperti malam tadi.

Beliau berharap peminat memberi sokongan sama rata kepada pasukan kelab T-Team dan pasukan negeri Terengganu.

Beliau berkata penonton dilihat lebih cenderung menyokong pasukan negeri daripada kelab.

"Saya tidak faham persepsi penonton. Ada kelas A dan kelas B pula dalam memberikan sokongan kepada pasukan dari negeri ini.

"Contohnya tahun lepas, hanya kira-kira 1,000 penonton yang menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia antara T-Team dan Selangor di sini. Sepatutnya bagi perlawanan separuh akhir, penonton sudah penuhi stadium," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan