Dawson Terpaksa Lupakan Aksi Musim Ini

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dawson diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan ketika pasukannya menentang Stevenage pada Khamis.
Dawson diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan ketika pasukannya menentang Stevenage pada Khamis.

PEMAIN pertahanan Tottenham Hotspur, Michael Dawson terpaksa melupakan aksi musim ini selepas disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali yang memerlukan rehat 10 hingga 12 minggu.

Pihak kelab telah mengesahkan kecederaan Dawson yang dialami ketika Piala FA Inggeris menentang Stevenage pada Khamis.

Aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini ialah 12 Mei, lebih kurang sembilan minggu setengah.

Pengurus pasukan, Harry Redknapp berkata, satu keajaiban jika Dawson boleh bermain dalam tempoh ini.

“Micheal telah menjalani rawatan di hospital. Kecederaan melibatkan lutut dan buku lali yang agak teruk. Kamu tidak tahu keadaan sebenar, ia kelihatan tidak baik. Satu berita sedih bagi kami dan Micheal.

“Satu kehilangan besar kerana dia adalah seorang pemain profesional dan kamu mahu melihat dia sentiasa ada dalam pasukan," katanya.

Selain itu, Rednapp juga turut kehilangan Aaron lennon yang tercedera, namun tidak seteruk Dawson.

“Dia cedera di bahagian hamstring. Setiap kali dia bermain, masalah itu yang selalu menghantui,” tambah Redknapp.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan