Piala AFC: Kelantan Gagal Kutip Tiga Mata

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Impian Kelantan untuk mengutip tiga mata penuh pada perlawanan pertama, kumpulan H, Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berkecai setelah mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan kelab Navibank Saigon pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam Rabu.

Corak permainan pada babak pertama agak seimbang apabila kedua-dua pasukan melakukan serangan namun gagal mendapat penyudah yang baik.

Pemain tengah pasukan kelab dari Vietnam, Dang Khanh Lam membuat cubaan seawal minit kelapan namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan yang menurunkan empat pemain importnya gagal mempamerkan aksi cemerlang di hadapan 5,000 penonton.

Pemain import pasukan tuan rumah, Mohamad Ghaddar melepaskan peluang terbaik untuk menghasilkan gol pertama pada minit ke-26 tetapi rembatan kencangnya tersasar.

Keadaan padang becak pada babak kedua perlawanan ternyata menyukarkan kedua-dua pasukan untuk mengatur gerakan ketika melakukan serangan.

Kelantan yang memperoleh beberapa peluang gagal mengunakan peluang itu sehingga pengadil perlawanan dari Taiwan, Hsu Min Yu meniupkan wisel penamat dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan kumpulan H, Kelab dari Indonesia, Arema Indonesia mencatat keputusan seri 1-1 dengan pasukan kelab dari Myanmar, Ayeyawady dalam perlawanan di Stadium Gajayana, Indonesia.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan