Mahali Terkilan Tidak Dapat Beraksi Di Syria

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Mahali (kiri) ketika pasukan Olimpik Malaysia menentang Jepun pada perlawanan Kelayakan Olimpik bulan lalu.
Aksi Mahali (kiri) ketika pasukan Olimpik Malaysia menentang Jepun pada perlawanan Kelayakan Olimpik bulan lalu.

KAPTEN pasukan Harimau Muda A, Mahali Jasuli terkilan kerana tidak dapat bersama pasukan menjelang perlawanan Kelayakan Pusingan Ketiga Sukan Olimpik 2012 (Zon Asia) menentang Syria di Stadium Antarabangsa Raja Abdullah di Amman, Jordan pada 14 Mac ini.

Pemain pertahanan 24 tahun ini terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi pada perlawanan terakhir kelayakan ini kerana mengalami kecederaan di buku lali yang dialaminya baru-baru ini.

“Saya bermain kesemua perlawanan sebelum dan sedikit terkilan kerana tidak dapat membantu pasukan negara ketika berkunjung ke Syria minggu depan.

"Kecederaan ini memerlukan sekurang-kurang sebulan untuk sembuh. Buat masa sekarang buku lali saya masih lagi bengkak,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Mahali, walaupun tidak dapat bersama skuad, dia tetap mengharapkan agar pasukan negara mampu melakukan kejutan dengan mengutip mata pada perlawanan itu.

“Saya harap semua rakan-rakan dapat memberi saingan terbaik dan tidak mudah menyerah kalah. Walaupun pada perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil kita kalah 0-2, saya yakin mereka mampu melakukan yang terbaik untuk negara.

"Harap semuanya berjalan lancar,” jelas pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ini.

Sementara itu, Mahali berkata, selepas ini tumpuan utamanya ialah aksi dalam Liga Singapura (Liga S) dan akan cuba mendapatkan kedudukan terbaik buat pasukan Harimau Muda A.

“Selain Liga S, jika terpilih untuk skuad kebangsaan, mungkin saya juga akan memberi fokus untuk persiapan ke Piala AFF hujung tahun ini,” tambahnya.

Selain itu, barisan Harimau Muda A telah menjalani latihan pemilihan ke Syria bermula Rabu di bawah kendalian jurulatih Ong Kim Swee.

Senarai pemain yang mengikuti latihan pemilihan ke Syria:

Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Zubir Mohd Azman, Ahmad Shakir Ali,Rozaimi, Abd Rahman, Ashri Chu Chu, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Gary Stevan Robbat Shahrul Mohd, Saad, Mohd Affize Faisal, Mohd Farhan Abu Bakar, Mohamad Amer Saidin Mohd Fandi Othman, Mohd Irfan Fazail Mohd Izham Tarmizi Roslan, Syahrul Azwari Ibrahim Nazirul Naim Che Hashim, Muhammad Nazmi Faiz Mansor Muhammad Izuan Mohd Salahuddin, Thamil, Arasu Ambumamee Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohd Ferris Danial Mat Nasir Mohd Azzizan Nordin, Saarvindran A/l Devandran.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan