Hoddle Tawar Diri Urus Skuad England

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hoddle tawar diri untuk menguruskan pasukan England.
Hoddle tawar diri untuk menguruskan pasukan England.

BEKAS Pengurus England, Glenn Hoddle memberitahu Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) bahawa beliau bersedia untuk kembali menerajui skuad kebangsaan itu buat sementara waktu sehingga khidmat Harry Redknapp diperolehi.

Pihak FA khuatir mereka tidak sempat untuk memperolehi khidmat Redknapp menjelang Kejohanan Negara-Negara Eropah yang akan berlangsung di Ukraine dan Poland pada musim panas ini.

Hoddle menawarkan khidmatnya semula selepas pengurus sementara Stuart Pearce mengakui bahawa beliau belum cukup berpengalaman untuk menerajui skuad England menghadapi temasya sebesar itu.

Hoddle menjadi pengurus England dari 1996 sehingga 1999, termasuk mengetuai skuad Endland dalam temasya Piala Dunia '98 di Perancis.

Bagaimanapun khidmatnya ditamatkan apabila beliau mengeluarkan satu kenyataan yang disifatkan sebagai menghina orang kurang upaya.

"Memang kita semua terpaksa akui, tidak mudah untuk memperolehi khidmat pengurus yang berpengalaman apatah lagi menjelang satu temasya yang besar seperti Kejohanan Negara-Negara Eropah tidak lama lagi,” ujar Hoddle dalam satu temuramah yang disiarkan oleh akhbar The Sun, UK pada Rabu.

Hoddle menegaskan, adalah sesuatu yang manis sekiranya beliau diberi peluang kedua untuk memimpin skuad kebangsaan sekali lagi.

Kata bekas pemain Tottenham Hotspurs itu, rekod kemenangannya bersama England adalah sesuatu yang tidak dapat diketepikan begitu sahaja.

Rekod menunjukkan prestasi Hoddle ketika memimpin skuad kebangsaan England adalah antara yang terbaik iaitu 61 peratus kemenangan - hanya berada di tempat ketiga selepas Sir Alf Ramsey dan Fabio Capello.

"Saya berjaya membawa England ke pusingan akhir Piala Dunia dan pada usia 54, saya tidaklah terlalu tua untuk memimpin England semula,” tegasnya.

Hoddle percaya Redknapp adalah orang yang paling sesuai untuk memimpin England dan akan menerima tawaran yang dibuat oleh FA cuma masa sahaja yang menjadi isu sekarang kerana beliau masih ada tanggungjawab yang belum selesai bersama Spurs. Namun Hoddle menegaskan, sementara menanti Redknapp berkata ‘Ya’ beliau bersedia memanaskan kerusi pengurus England sekali lagi.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan