Dakwaan Tak Berasas: FAM Minta Fifa Mohon Maaf

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memohon Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) meminta maaf di atas keterlanjuran bekas Ketua Pegawai Keselamatan Fifa, Chris Eaton yang mengaitkan FAM dengan kes mengatur perlawanan Liga Malaysia, baru-baru ini.

Baginda turut menganggap dakwaan yang dibuat oleh Eaton sebagai tidak berasas dan beretika serta akan akan mengambil tindakan susulan walaupun tiada fakta yang membuktikan perkara itu.

"Kenyataan itu merupakan satu kenyataan yang tidak beretika dan merupakan satu kenyataan yang melampau yang dibuat oleh orang itu.

"Saya tidak tahu (sama ada terdapat agenda tersembunyi) tapi FIFA kena terangkan kalau kenyataan tersebut tiada mempunyai bukti dan juga kena ambil tindakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan itu," titah baginda kepada pemberita selepas melawat persiapan venue Sukma XV di sini, Khamis.

Baginda turut bertitah kenyataan Eaton itu boleh menjejaskan imej FAM sebagai badan induk bola sepak negara.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan bulan lepas, Eaton mendakwa pegawai pentadbiran FAM turut terlibat dalam gejala mengatur perlawanan termasuk yang membabitkan kelab bola sepak republik Singapura Lions XII dengan Negeri Sembilan di Singapura baru-baru ini yang menyaksikan Lions XII menang 3-1.

FAM menerusi Jawatankuasa Integritinya yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Aseh Che Mat telah mengadakan perjumpaan tertutup dengan Eaton di Wisma FAM di Petaling Jaya pada Isnin lepas.

Perjumpaan tertutup yang turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Risikan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Shamshun Baharin Mohd Jamil dan wakil dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) diadakan bagi mendapatkan penjelasan daripada Eaton mengenai dakwaaan terhadap FAM itu.

Eaton yang diiringi oleh pegawai penyiasatan FIFA Terry Steans dan Ketua Pegawai Keselamatan FIFA bagi rantau Asia Michael Pride turut memaklumkan kepada FAM bahawa beliau kini telah meninggalkan badan induk bola sepak dunia itu untuk menyertai sebuah agensi di Qatar. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan