Piala AFC: Kelantan Enggan Letak Sasaran Tinggi - Bola Sepak | mStar

Piala AFC: Kelantan Enggan Letak Sasaran Tinggi

Diterbitkan: Rabu, 7 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendahulu Liga Super Kelantan tidak meletak sasaran tinggi untuk kemunculan sulung mereka pada kejohanan Piala AFC musim ini.

Ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak berkata perbezaan standard permainan antara pasukan tempatan dan Asia menyebabkan beliau keberatan untuk meletakkan sasaran kepada pemain pada kejohanan itu.

Kelantan memulakan kempen Piala AFC dengan pertemuan menentang pasukan Vietnam, Navibank Saigon dalam Kumpulan H di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu.

"Saya tidak mahu meletakkan sasaran yang begitu tinggi untuk pemain, namun kami akan cuba mempamerkan aksi terbaik untuk menempah tempat di kalangan 16 terakhir dalam pertandingan tersebut" katanya pada sidang akhbar, Selasa.

Selain Kelantan dan Navibank, pasukan lain dalam kumpulan sama ialah Arema FC dari Indonesia serta Ayeyawady United dari Myanmar. Terdahulu, dalam satu perlawanan Kumpulan F, Terengganu mencatat kemenangan 1-0 ketika menentang pasukan Vietnam, Song Lam Nghe An di gelanggang lawan dan gol tunggal perlawanan disumbangkan Abdul Manaf Mamat pada minit ke-51.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan