ATM Catat Kemenangan Bergaya Kembali Terajui Liga Perdana

Diterbitkan: Selasa, 6 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencatat kemenangan bergaya, 4-0 ke atas wakil kelab dari Pulau Pinang, USM FC pada perlawanan tunggal Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini malam Isnin.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad bimbingan B. Sathianathan itu untuk kembali menerajui liga daripada Pahang dengan mengutip 21 mata selepas mengharungi lapan perlawanan.

Pada perlawanan tersebut, ATM bermula garang dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu USM namun berjaya dihalang oleh pertahanan lawan.

Kekebalan USM FC tidak bertahan lama apabila bekas penyerang Negeri Sembilan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak membuat larian solo ke dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol lawan Mohd Al-Hafiz Hamzah pada minit ke-33 bagi memberikan gol pendahuluan kepada ATM.

Kapten ATM Hairuddin Omar menambah derita pasukan pelawat empat minit kemudian menerusi sepakan kencang dalam kotak penalti untuk menewaskan Mohd Al-Hafiz buat kali kedua.

Bersambung babak kedua, ATM terus melancarkan serangan ke kubu USM FC dan mereka berjaya menambah gol ketiga menerusi jaringan pemain tengahnya Christie Jayaseelan pada minit ke-60.

A. Varanthan mengukuhkan cengkaman ATM selepas menjaringan gol pada minit ke-88 untuk memastikan kemenangan ketujuh pasukan tersebut pada saingan Liga Perdana musim ini.

Keputusan tersebut kekal sehingga pengadil perlawanan Sew Tian Hu meniupkan wisel terakhir permainan. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan