Strategi Bojan Menjadi

Diterbitkan: Isnin, 5 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Percaturan ketua jurulatih baru Kelantan, Bojan Hodak ternyata menjadi walaupun anak buahnya dipaksa bekerja keras berikutan beberapa tonggak utama tidak diturunkan pada perlawanan menentang Negeri Sembilan pada Ahad.

Penolong Ketua Jurulatih, Zahasmi Ismail berkata kesepakatan antara semua jurulatih ternyata membuahkan hasil apabila berjaya membenam Negerin Sembilan 2-1 pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV.

"Semuanya dari dia (Bojan). Kita ikut apa yang dia bincangkan di antara semua jurulatih dan itulah rumusan apa yang kita nak mainkan dan keputusan untuk kesebelasan utama," katanya selepas perlawanan itu.

Zahasmi berkata faktor keletihan mungkin menjadi penyumbang utama kepada The Red Warriors gagal menunjukkan prestasi cemerlang walaupun bermain di gelanggang sendiri.

"Mungkin faktor keletihan, sebab ramai pemain seperti Shakir Ali, S. Subramaniam dan Khairul Fahmi Che Mat baru balik daripada menjalani latihan bersama skuad negara, namun terpaksa memulakan kempen Liga Super.

"Bagaimanapun kita bersyukur kerana berjaya menewaskan Negeri Sembilan pada minit akhir perlawanan dengan terpaksa mengharungi beberapa cabaran pemain lawan yang tinggi lampai dan taktikal mereka yang bagus," katanya.

Bagi ketua jurulatih Negeri Sembilan Mohd Azrai Khor Abdullah, beliau akur dengan keputusan kalah di tangan Kelantan berikutan kealpaan para pemainnya sendiri.

"Kita didenda di atas kealpaan kita sendiri berikutan di awal minit pertama kita sudah leka dan kena gol mudah, juga di minit akhir.

"Sepatutnya bagi saya, kita boleh pulang dengan satu mata pun sudah cukup, tapi perkara itu tidak berlaku. Di penghujung permainan kita nampak rata-rata pemain hilang konsentrasi," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan