Guardiola, Mourinho Turut Jadi Pilihan Jawatan Pengurus England

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Redknapp menjadi pilihan utama untuk mengemudi skuad England.
Redknapp menjadi pilihan utama untuk mengemudi skuad England.

PERSATUAN Bola Sepak Inggeris (FA) telah menyenarai pendek nama-nama untuk mengurus pasukan England dalam sebarang kemungkinan bermula dengan nama Harry Redknapp.

Redknapp yang kini menguruskan kelab Tottenham Hotspur menjadi bualan, termasuk Pengerusi FA, David Bernstein selepas Fabio Capello meletak jawatan bulan lalu.

Bagaimana pun senarai pendek itu bukan sahaja menyenaraikan nama Redknapp yang dilihat berminat memegang jawatan itu, tetapi pihak FA turut memberi tumpuan kepada pengurus Barcelona, Pep Guardiola dan juga Jose Mourinho (Real Madrid) sebagai alternatif yang berkualiti tinggi.

Kedua nama ini dianggap mempunyai cita-cita besar, lebih-lebih lagi Guardiola, tetapi pihak FA membuat penilaian teliti sebelum memilih calon jawatan tersebut.

Manakala Mourinho yang lihat sedia untuk meninggalkan Madrid selepas tamat musim ini, tetapi perlu melihat rundingan gaji terlebih dahulu. Pun begitu, nama Redknapp masih mengatasi dua pilihan itu.

Pihak FA juga turut mengambil kira pandangan orang ramai dan sokongan pemain-pemain England serta tidak mahu mengganggu Redknapp yang bekerja keras untuk Spurs musim ini yang kini berada di tangga ketiga Liga Perdana dan masih beraksi dalam aksi Piala FA.

Sementara itu, buat masa sekarang, Stuart Pearce mengambil alih tugas mengendalikan skuad England bagi persiapan Euro 2012 dan diberi kebenaran untuk mengubah program yang telah dilakukan oleh Capello sebelum ini.

Pearce telah memberitahu pihak FA bahawa dia mampu menguruskan skuad The Three Lions sehingga tamat perlawanan sebelum kembali melatih pasukan England Bawah 21 Tahun.

"Saya bersedia untuk musim panas ini, jika diperlukan kerana ia melibatkan urusan negara. Tetapi jika ada orang lain yang bersedia, ia adalah kes lain," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan