Jodoh Butler Bersama Kelantan Berakhir

Diterbitkan: Rabu, 29 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kemelut antara Peter James Butler dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akhirnya terlerai apabila Kafa akhirnya menamatkan kontrak ketua jurulatih itu berkuatkuasa, Selasa.

Timbalan Presiden Kafa Datuk Afandi Hamzah berkata keputusan menamatkan kontrak Butler sebagai ketua jurulatih itu dicapai selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dalam satu pertemuan di Wisma Kafa di sini.

"Kami berbincang secara kekeluargaan dan kedua-dua pihak akhirnya bersetuju untuk meleraikan ikatan ini.

"Kontrak Butler bersama Kafa berakhir yang berkuatkuasa hari ini dan Kafa mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangannya terhadap Kelantan dan pasukan selama ini," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian bersama penamatan kontrak itu di sini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim.

Butler sebelum ini mencetuskan isu apabila tidak kelihatan melatih pasukan Kelantan sebelum ini berikutan "perang dingin" antara bekas jurulatih itu dengan pengurusan Kafa.

Khabar angin yang mengatakan Kafa akan mengambil jurulatih baru terus bertiup kencang apabila persatuan itu melantik bekas ketua jurulatih UPB My Team, Bojan Hodak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Al-Hamra Red Warriors (Army) yang baru.

Namun apabila ditanya sama ada benar Kafa akan melantik Bojan sebagai ketua jurulatih yang baru, Afandi berkata keputusan itu belum muktamad.

"Bojan dan beberapa nama jurulatih tempatan kini sedang dalam perhatian Kafa dan kita belum buat keputusan dan Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa akan mengumumkannya dalam tempoh tidak lama lagi," katanya.

Mengulas Bojan yang dilihat melatih pasukan Kelantan sekarang, Afandi berkata Bojan berhak melatih bersama penolong jurulatih yang lain iaitu Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsuddin kerana mereka adalah pegawai terlatih Kafa.

Butler ketika ditanya selepas itu bagaimanapun melahirkan rasa terkejut apabila kontraknya ditamatkan namun beliau akur kerana itu adalah hak Kafa untuk berbuat demikian.

"Saya sedikit terkejut tetapi keputusan ini saya terima dengan baik dan kami pun berbincang dengan baik dan saya menerimanya juga dengan baik," katanya.

Beliau bagaimanapun belum menetapkan hala tujunya selepas ini tetapi akan tetap menjadi seorang jurulatih bola sepak di mana sahaja.

"Saya berharap pasukan Kelantan akan lebih baik selepas ini dan Kelantan adalah sangat dekat di hati saya dan kepada peminat bantulah pasukan ini untuk menjadi yang terbaik," katanya.

Bersama Kelantan pada 2008-2009, Butler telah melonjakkan nama pasukan itu apabila dapat melangkah ke Liga Super pada 2009. Bekas pemain tengah West Ham United, Butler telah berjaya membawa Kelantan ke perlawanan akhir Piala FA namun kalah di tangan Selangor pada tahun yang sama.

Butler kemudiannya dikatakan merajuk dan membawa diri ke tempat lain sehingga kembali semula ke Kelantan pada musim baru ini selepas pengunduran Datuk M. Karathu.

Kelantan kini di tangga teratas liga dengan mengutip 17 mata keseluruhan selepas lapan perlawanan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan