Sepakan Penalti Bawa Liverpool Muncul Juara Piala Carling

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish (kiri)  memeluk kapten pasukan Steven Gerrard selepas pasukan itu menewaskan Cardiff City menerusi sepakan penalti di Stadium Wembley di London pada awal pagi Isnin. - AFP
Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish (kiri) memeluk kapten pasukan Steven Gerrard selepas pasukan itu menewaskan Cardiff City menerusi sepakan penalti di Stadium Wembley di London pada awal pagi Isnin. - AFP

PASUKAN Liverpool meraih trofi pertama sejak 2006 apabila muncul juara Piala Carling dengan menewaskan Cardiff City 3-2 menerusi sepakan penalti di Stadium Wembley, awal pagi Isnin.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 apabila tamat masa tambahan sekali gus mengheret pasukan ke adegan sepakan penalti.

The Reds yang meraih trofi buat kali kelapan dipaksa bekerja keras dan ternyata khabar gembira menyebelahi mereka apabila menang tipis sepakan penalti 3-2.

Aksi dramatik kedua pasukan ini hadir apabila kedua pasukan turut terikat 2-2, namun sepakan Anthony (Cardiff) yang juga sepupu kepada kapten Liverpool, Steven Gerrard gagal dilaksanakan baik.

Malah Gerrard juga mengalami nasib yang sama ketika sepakan penalti pertama yang diselamatkan oleh penjaga gol Cardiff, Tom Heaton.

"Apabila berdepan dengan situasi sepakan penalti, ia sentiasa dianggap kejam dan akan melihat satu pasukan kecewa dan satu pasukan gembira.

"Saya mengalami perasaan bercampur aduk dan faham situasi yang dihadapi Anthony. Tidak penting apa yang saya beritahu padanya, dia tetap sedih.

"Saya akan berada disisinya dan seluruh keluarga akan turut bersamanya," kata Gerrard.

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan