T-Team Masih Dahaga Sentuhan Pemain Import

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Selepas mengharungi lapan perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini, pasukan T-Team masih mengintai pemain import selepas pemecatan Zacharia Simukonda dari Zambia, awal bulan ini.

Pasukan berstatus kelab itu masih sukar memilih pemain import berkualiti serta serasi dengan pasukan apabila beberapa pemain dari England, Mali dan Sierra Leone gagal memikat hati pihak pengurusan.

Dalam usaha memperkemaskan kekuatan pasukan dan memperbaiki kedudukan tangga kelima dalam carta Liga Super, jurulatih Yunus Alif masih mengharapkan sentuhan pemain import bagi menggantikan Simukonda.

Yang terbaru, katanya, mereka sedang menguji pemain kelahiran Brazil, Marco Tulio, 31, yang pernah beraksi dengan kelab Liga Perdana Azerbaijan dan Liga Jepun pada sesi 2003-2004.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Yunus berkata pemain itu mempunyai ciri-ciri permainan yang diperlukan namum memerlukan masa untuk membuat keputusan muktamad.

"Kita nampak dia ada keserasian dengan pemain-pemain tempatan, namun kita akan uji lagi pemain ini sehingga kita berpuas hati," katanya.

Menurut Yunus secara kebetulan Tulio telah diperkenalkan kepadanya oleh bekas pemain kebangsaan Singapura Fandi Ahmad, yang juga pengurus pasukan Johor.

"Kalau ada jodoh, kita akan serapkan Tulio ke dalam pasukan supaya dia dapat berlatih bersama pemain-pemain yang lain sementera menunggu pendaftaran baru pemain dibuka April ini," katanya.

Selain Tulio, katanya, seorang pemain dari Mesir juga bakal mengikuti sesi ujian dalam sedikit masa lagi.

Katanya beliau sedang menunggu agen pemain itu yang dijangka tiba di sini minggu depan sebelum maklumat lanjut dapat diperolehi.

Selepas lapan perlawanan, T-Team menduduki tangga kelima dalam liga dengan mengumpul 13 mata dari empat kemenangan dan satu seri.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan