Skuad Bola Sepak Sukan Sea 2011 Rangkul Anugerah SAM "Out-Do Yourself"

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Muda, yang muncul juara bola sepak Sukan SEA di Jakarta November lepas, dipilih oleh Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) sebagai pemenang Anugerah "Out-Do Yourself" 2011 SAM-100Plus-KBS.

Skuad kebangsaan bawah 23 tahun di bawah bimbingan Ong Kim Swee berjaya mengekalkan pingat emas Sukan SEA selepas mengalahkan Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

"Ini adalah penghormatan besar...tiada siapa memberi peluang untuk kami kembali dengan pingat emas dari Jakarta. Kami terpaksa melepasi gergasi seperti Thailand dan tuan rumah Indonesia sebelum diinobatkan juara," kata Kim Swee dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh SAM di sini, Jumaat.

Dengan anugerah tersebut, beliau berharap untuk meningkatkan lagi prestasi pasukan serta merapatkan jurang dengan pasukan-pasukan gergasi di Asia, katanya yang akan menerima anugerah itu bagi pihak pasukan pada majlis penyampaian anugerah di Hotel Hilton, Petaling Jaya, Ahad ini.

Kemuncak majlis itu ialah penyampaian Anugerah "Atlet Terbaik 2011" di mana seramai 11 calon dipilih dengan lima daripadanya disenarai pendek dalam setiap kategori oleh ahli-ahli SAM.

"Lima calon yang disenarai pendek itu masing-masing akan menerima RM1,000 manakala pemenang akan membawa pulang RM10,000 dan trofi kristal," menurut kenyataan.

Sebelas calon itu adalah Datuk Lee Chong Wei (badminton), Datuk Nicol David (skuasy), Pandelela Rinong (terjun), Fatehah Mustapha dan Ju Pha Som Net (berbasikal), Nur Suryani Mohamed Taibi (menembak), Jacqueline Jenelee dan Adrian Ang (boling), Aaliyah Yoong (ski-air), Kevan Cheah (wushu) dan pasukan recurve (memanah).

Sejumlah RM45,000 turut ditawarkan bagi anggota SAM di bawah enam kategori; laporan berita terbaik (cetak), komentar terbaik (cetak), laporan berita terbaik (elektronik), komentar terbaik (elektronik), laporan khas terbaik (cetak dan elektronik) dan fotografi terbaik.

Juara keseluruhan akan dipilih daripada enam kategori ini dan menerima hadiah RM7,000 serta sebuah trofi kristal.

Setiap pemenang bagi enam kategori itu akan menerima RM3,000 dan trofi manakala semua lima calon bagi setiap enam kategori akan menerima RM500 dan pingat. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan