Gerrard Mahu Jadi Kapten England

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gerrard pernah mengetuai pasukan England pada Piala Dunia 2010.
Gerrard pernah mengetuai pasukan England pada Piala Dunia 2010.

KAPTEN Liverpool, Steven Gerrard mengakui dia mahu menjadi kapten England tahun ini.

Pemain tengah ini berkata, peletakan jawatan Fabio Capello mampu memberi musim sempurna kepada pasukan dan dia berbesar hati untuk mengetuai barisan pemain-pemain England.

Gerrard menjadi kapten England pada tahun 2010 ketika Piala Dunia di Afrika Selatan berkata, jika ditawarkan sekali lagi menjadi kapten dia dengan bangganya akan menerima posisi itu.

“Tetapi itu bukan keputusan saya. Ia terpulang kepada Stuart Pearce untuk memilih siapa yang layak mengikat lilitan ini.

"Tetapi saya mahu jadi kapten England, “ katanya kepada BBC One.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan