Liga Europa: Man United Mara Dengan Agregat 3-2 - Bola Sepak | mStar

Liga Europa: Man United Mara Dengan Agregat 3-2

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hernandez menjaringkan gol tunggal Man United pada aksi kedua menentang Ajax, Liga Europa awal pagi Jumaat.
Hernandez menjaringkan gol tunggal Man United pada aksi kedua menentang Ajax, Liga Europa awal pagi Jumaat.

MANCHESTER United mara ke kelompok 16 Liga Europa walaupun tewas 1-2 kepada Ajax pada aksi kedua di Old Trafford awal pagi Jumaat.

United mara dengan agregat 3-2 selepas kemenangan 2-0 pada aksi sebelum ini.

Dengan ketiadaan Wayne Rooney yang mengalami sakit tekak, Man United dilihat agak goyah dengan hanya meraih empat kemenangan Eropah musim ini.

Gol tunggal Man United pada perlawanan ini dijaringkan oleh Javier Hernandez pada minit ke-6, namun Ajax menyamakan kedudukan pada minit ke-37 melalui Aras Ozbiliz.

Permainan pertahanan Ajax, Toby Aldeweireld memberi gol kemenangan melalui sepakan percuma minit ke-87.

Senarai pemain:

Man Utd: De Gea, Rafael Da Silva, Jones, Smalling, Fabio Da Silva, Nani, Park, Cleverley, Young, Hernandez, Berbatov. (Pemain simpanan): Amos, Evra, Evans, Giggs, Carrick, Welbeck, Scholes.

Ajax: Vermeer, Van Rhijn, Alderweireld, Vertonghen, Koppers, De Jong, Anita, Eriksen, Ozbiliz, Lodeiro, Sulejmani. (Pemain simpanan): Cillessen, Ebecilio, Ooijer, Blind, Serero, Aissati, Klaassen.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan