Henry Cabar Rakan-Rakan Di Arsenal

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

THIERRY Henry (gambar) mencabar rakan-rakannya di Arsenal agar melakukan aksi terbaik menjelang perlawanan menentang Tottenham Hotspur di Stadium Emirates Ahad ini.

Pemain Perancis berusia 34 tahun itu kini kembali ke Amerika Syarikat beraksi untuk New York Red Bulls selepas tamat bermain secara pinjaman bersama Gunner.

Aksi terakhir Henry bersama Arsenal ialah ketika pasukan kendalian Arsene Wenger itu tewas 0-4 kepada AC Milan pada aksi Liga Juara-Juara (CL) sebelum turut terkandas pada aksi Piala FA kepada Sunderland.

The Gunners kini menguasai kedudukan keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal berdepan dengan bukan calang-calang lawan di tempat sendiri, lebih-lebih lagi melihat aksi yang memberangsangkan pasukan Harry Redknapp.

“Beberapa tahun kami berada di atas Spurs dan sekarang keadaan berbeza. Tetapi pastinya kamu memerlukan tiga mata penting ini.

“Harapnya ia akan berlaku. Kita akan lihat. Perlawanan bakal menjadi semakin sengit namun kedudukan keempat di tangan Arsenal.

“Mereka juga mempunyai pasukan yang baik. Tetapi perjalanan masih jauh serta peluang bermain di tempat sendiri dengan Chelsea, Tottenham, Newcastle dan Manchester City ...dan ia tidak mustahil,” katanya kepada pemain-pemain Arsenal.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan