Tevez Boleh Beraksi Tidak Lama Lagi: Mancini

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini (gambar atas) mengesahkan Carlos Tevez boleh beraksi dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas kembali ke kelab dan memohon maaf di atas tindakannya pada awal musim ini.

Dalam satu kenyataan kelab yang disiarkan pada Rabu, Tevez sepenuh hati memohon maaf dengan tindakan pulang ke Argentina selama tiga bulan tanpa kebenaran. Dia juga turut merayu mengenai denda pemotongan enam minggu gajinya dikurangkan.

Selepas menang besar ke atas Porto pada aksi Liga Europa awal pagi Khamis, Mancini membuat kenyataan bahawa Tevez sedia beraksi dalam tempoh terdekat.

“Selepas seminggu aksi dengan Munich, saya memanggilnya datang ke rumah dan berkata, ‘Carlos, minta maaf kepada semua orang dan selesaikan’. Saya tidak ada masalah. Saya fikir dia perlukan dua hingga tiga minggu untuk kembali cergas serta beberapa perlawanan,” jelas pengurus dari Itali itu kepada ESPN.

Tevez tidak beraksi dengan City sejak dia menolak untuk memanaskan badan pada aksi Liga Juara-Juara (CL) menentang Bayern Munich September lalu.

Pada masa itu Mancini mengeluarkan kenyataan bahawa nasib Tevez di City sudah tamat selepas pasukannya kalah serta dia pulang ke Argentina.

Sementara itu Mancini berkata: “Kami bermain dengan baik. Mungkin 4-0 terlalu banyak tetapi ia sangat penting untuk kami pergi ke pusingan kedua.

“Porto menguasai perlawanan dan agak sukar untuk menewaskan mereka”.

Mancini juga gembira melihat David Pizarro menjaringkan gol pertama untuk kelab.

“Saya sangat kenal dengan dia ketika bersama di Inter. Dia masuk dalam tempoh 20 minit dan bermain dengan baik serta jaringkan gol. Pengalaman dia sangat penting bagi pasukan.

“Kami mahu layak ke final. Musim ini agak sukar kerana kami bermain dengan pasukan terbaik walaupun kami mampu melakukan perubahan setiap perlawanan,” katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan