Liga Juara-Juara: Villas-Boas Berpeluh Sebelum Bertemu Napoli

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Chelsea, Andre Villas-Boas (gambar) bakal berdepan dengan dugaan besar kariernya dalam menempuh saingan pusingan kelima Liga Juara-Juara (CL) menentang Napoli awal pagi Rabu ini.

“Kamu perlu persediaan mental untuk mendapatkan keyakinan dan keputusan berbeza.

"Ini kerana ia adalah sukan bola sepak dan kadang-kala keputusan berlaku begitu sahaja tanpa diduga.

"Napoli adalah pasukan kuat tetapi kami juga kuat,” katanya.

Kedudukan jurulatih berusia 34 tahun ini tergugat apabila pasukannya kini berada di tangga kelima Liga Perdana Inggeris yang terus menjadi persoalan sama ada dia mampu membawa Chelsea layak pada cabaran CL musim depan.

Villas-Boas juga pasti tertekan mencari ramuan terbaik berdepan Napoli yang menyingkirkan Inter dari saingan Piala Itali terutama selepas diikat 1-1 oleh Birmingham City pada saingan Piala FA Inggeris di laman sendiri, Sabtu lalu.

Namun, pengendali dari Portugal itu menegaskan kerjayanya masih selamat.

Malah dia tidak menganggap masa depannya kini bergantung kepada keputusan perlawanan ini.

“Tidak sama sekali. Keputusan bukan terletak dalam tangan saya, anda perlu tanya soalan tepat kepada orang yang betul," katanya.

Barisan kemungkinan pemain:

Napoli: 1-Morgan De Sanctis; 2-Gianluca Grava, 28-Paolo Cannavaro, 85-Miguel Britos; 11-Christian Maggio, 23-Walter Gargano, 88-Gokhan Inler, 8-Andrea Dossena; 17-Marek Hamsik, 22-Ezequiel Lavezzi; 7-Edinson Cavani

Chelsea: 1-Petr Cech; 2-Branislav Ivanovic, 4-David Luiz, 26-John Terry, 3-Ashley Cole; 7-Ramires, 12-John Obi Mikel, 8-Frank Lampard; 10-Juan Mata, 23-Daniel Sturridge; 11-Didier Drogba

Pengadil: Carlos Velasco Carballo (Sepanyol)

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan