Gaji Pemain KL Dipotong Jika Gagal Pamer Prestasi Konsisiten

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain pasukan Kuala Lumpur berdepan dengan tindakan pemotongan gaji sebanyak 10 peratus jika gagal mempamerkan prestasi konsisten pada baki saingan Liga Super musim ini.

Pengurus pasukan Rusli Baba berkata perkara itu telah dipersetuji oleh pengurusan pasukan bagi memastikan pemain skuad itu memberikan fokus sepenuhnya dalam baki perlawanan Liga Super musim ini.

"Andai mereka kalah dalam beberapa perlawanan liga selepas ini, kita tidak teragak-agak untuk melakukan pemotongan gaji sebanyak 10 peratus bagi mengelakkan mereka bermain sambil lewa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis menandatangani penajaan kelengkapan sukan berjenama Kronos antara Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dengan Paragon Vest Sdn Bhd di sini, Isnin.

KLFA diwakili oleh Timbalan Presidennya Datuk George Fredericks manakala Paragon Vest diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Vincent Lai.

Skuad warga kota itu kini menghuni tangga tercorot Liga Super dengan hanya mengumpul satu mata selepas mengharungi lapan perlawanan.

Menerusi perjanjian tersebut, syarikat berkenaan akan menaja pasukan Liga Super, Piala Presiden dan pengadil dari Kuala Lumpur selama dua tahun dengan kos keseluruhan mencecah RM300,000.

Rusli juga berkata pengurusan pasukan turut sedang mempertimbangkan cadangan untuk membeli dua pemain import yang dipinjamkan oleh Kelantan kepada skuad tersebut sejak awal Februari lepas iaitu Emmanuel Okine dan Zakaria Charara.

"Sekarang kita meminjam dua pemain tersebut sehingga akhir musim ini dan sekiranya mereka mempamerkan persembahan menarik sepanjang musim ini, kita bercadang untuk mengikat mereka untuk tempoh yang panjang," katanya.

Kuala Lumpur akan menentang Terengganu pada saingan Liga Super pada 3 Mac ini.

Sementara itu, jurulatih Kuala Lumpur Razip Ismail berkata beliau tidak mahu memberikan tekanan kepada anak buahnya untuk mencatatkan kemenangan dalam pusingan kedua Piala FA menentang Kelantan di tempat lawan pada 10 Mac ini.

"Kita juga masih perlu mencari keserasian antara pemain tempatan dengan dua pemain import kita kerana mereka masih belum mengenali corak permainan antara satu sama lain," katanya.

Pada pusingan pertama Piala FA Sabtu lalu, Kuala Lumpur menumpaskan wakil Johor, MP Muar 3-0 untuk melangkah ke pusingan kedua.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan