Ferguson Mahu Bersara Dua Atau Tiga Tahun Lagi

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ferguson mahu bersara dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.
Ferguson mahu bersara dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.

SIR Alex Ferguson memujikan usaha keras yang dilakukan David Moyes di Everton dan mengakui Manchester United memerlukan individu seperti itu untuk menggantikan tempatnya dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

Bagi pengurus berusia 70 tahun itu, keutamaan untuk bersara adalah kemenangan berbanding memberi tarikh sebenar untuk meninggalkan kelab itu.

Beliau telah menyimpan niat untuk bersara sejak sedekad yang lalu dan telah menambah lima lagi gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) serta Liga Juara-Juara (CL) untuk melengkapkan pencapaian peribadinya.

Menurut Ferguson, beliau menjangkakan akan meninggalkan peranannya di Old Trafford apabila sudah sampai waktunya namun belum berbincang isu ini bersama Ketua Eksekutif, David Gill dan ahli lembaga kelab.

“Perancangan itu ada. Saya rasa jelas peranan di United tetap ada walaupun telah tamat berkhidmat di sini. Tidak pasti berapa lama lagi, namun jika kesihatan baik, saya rasa tidak ada masalah untuk berada di sini dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.

“Saya rasa kamu perlukan stamina untuk mengendalikan tugas ini dan saya gembira kerana semuanya berjalan lancar. Pemain-pemain bertanyakan kepada saya berapa lama saya akan berada di sini. Mereka juga bertanya perkara itu kepada ejen masing-masing atau pun terus kepada Gill.

“Ini yang lebih menyukarkan jika ia berpanjangan. Saya hanya menjawab seperti mana Gill dan dia berkata saya tidak ada niat untuk bersara buat masa ini,” katanya kepada BBC’s Five Liveon.

Tambah Ferguson: “Kami tidak pernah berbincang kerana ia agak bahaya. Untuk masa ini terdapat setengah dozen pengurus yang berjaya dalam tugas mereka. Hanya separuh sahaja kerana separuh lagi saya lihat mereka bertungkus-lumus menyelamatkan ‘nyawa’ masing-masing.

“Sesetengah telah menunjukkan tugas yang cemerlang termasuk David Moyes. Saya meletakkan dia dalam kategori enam terbaik berdasarkan apa yang telah dia lakukan di Everton,” katanya.

Selain itu, Ferguson turut mengakui bahawa beliau kecewa kerana melepaskan peluang mendapatkan penjaga gol England dan Manchester City, Joe Hart dengan harga yang murah, yang mana ketika itu mampu menyelamatkan berjuta ringgit duit kelab dan sekali gus menyelesaikan masalah menggantikan Edwin van der Sar.

“Saya patut beli Joe Hart dengan harga £100,000 (RM 478,597) dan kami semua melakukan kesilapan.

"Jika kamu lihat situasi penjaga gol sekarang di England dalam tempoh 20 tahun yang lalu, saya rasakan dia adalah yang terbaik setakat ini.”

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan