Tiket Malaysia-Jepun Mula Dijual Esok - Bola Sepak | mStar

Tiket Malaysia-Jepun Mula Dijual Esok

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan penjualan tiket perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 di antara Malaysia dan Jepun akan mula dijual pada Selasa, 21 Februari ini.

Menurut kenyataan yang diedarkan, tiket-tiket RM40 (Tempat duduk utama), RM20 (Terbuka) dan RM5 (Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun) akan dibuka kepada seluruh peminat bola sepak di Stadium Nasional di Bukit Jalil bermula pukul 5.30 petang.

Selain itu, tiket-tiket juga boleh dibeli Kedai Mesra Petronas di seluruh negara. Hanya tiket-tiket berharga RM40 dan RM20 sahaja dijual di situ.

Peminat juga boleh membeli tiket secara on-line dengan melayari ww.tickethotline.com.my.

Perlawanan kelayakan Kumpulan C Zon Asia ini akan berlangsung pada Rabu, 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan