Sokong Pasukan Sendiri dan Jurulatih: Mourinho

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BOS Real Madrid, Jose Mourinho (gambar) menasihatkan segelintir penyokong Chelsea agar memberi sokongan kepada pasukan dan pengurus sendiri.

Penyokong-penyokong Chelsea menyanyikan lagu ‘Special One’ ketika Chelsea terikat 1-1 dengan Birmingham pada aksi Piala FA Inggeris Sabtu lalu.

Keputusan itu sekali gus terus memberi tekanan kepada pengendali kelab itu, Andre Villas-Boas yang sebelum ini turut dikritik kerana persembahan hambar pemain-pemainnya.

“Pesanan saya kepada penyokong-penyokong ialah saya sayangkan Chelsea dan Inter tetapi saya lebih suka jika mereka menyokong pasukan sendiri dan jurulatih.

“Saya adalah bekas jurulatih mereka. Satu pengalaman yang bermakna ketika berada di sana tetapi saya tidak ada di situ lagi dan mereka patut berjuang bersama-sama,” kata Mourinho kepada media selepas pasukannya Real Madrid menang 4-0 ke atas Racing Santander dalam La Liga.

Mourinho yang membawa pasukan Chelsea menjulang trofi Liga Perdana Inggeris pada tahun 2005 dan 2006. Selepas itu dia turut membawa Inter Milan menjulang kejuaraan liga Serie A 2010.

Villas-Boas pernah menjadi penolong Mourinho ketika bersama Chelsea dan Inter dikatakan bakal dipecat oleh kelab London itu selepas berada di kedudukan kelima liga dan hanya menang dua perlawanan dalam 10 aksi terakhir.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan