Piala FA Inggeris: Liverpool Benam Brighton 6-1

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Suarez (kiri) menjaringkan gol keenam buat Liverpool pada saingan pusingan kelima Piala FA, awal pagi Isnin.
Suarez (kiri) menjaringkan gol keenam buat Liverpool pada saingan pusingan kelima Piala FA, awal pagi Isnin.

TIGA gol jaringan sendiri pihak lawan membantu pasukan Liverpool menang besar, 6-1 pada saingan pusingan kelima Piala FA menentang Brighton and Hove Albion di Stadium Anfield awal pagi Isnin.

Jaringan pembukaan perlawanan tiba melalui tandukan Martin Skrtel pada minit kelima sebelum pemain lawan Liam Bridcutt melakukan kesilapan menjaringkan gol sendiri minit ke-44.

Dengan jaringan 2-0 pada separuh masa pertama, Andy Carroll bangkit menambah gol ketiga minit ke-57, namun 14 minit kemudian Bridcutt sekali lagi menjaringkan gol sendiri.

Malang berterusan buat pasukan lawan apabila Lewis Dunk turut menjaringkan gol sendiri minit ke-75 sebelum Luis Suarez melengkapkan jaringan keenam buat Liverpool minit ke-85.

Gol saguhati Brighton dilakukan oleh Kazenga LuaLua pada minit ke-17.

Pasukan kendalian Kenny Dalglish yang akan menentang Cardiff Ciry pada final Piala Carling minggu depan bakal berdepan dengan Sroke City pada aksi suku akhir nanti.

Senarai pemain:

LIVERPOOL: Reina, Johnson, Enrique, Carra, Skrtel, Adam, Gerrard, Downing, Henderson, Carroll, Suarez (Pemain simpanan): Doni, Maxi, Coates, Kelly, Kuyt, Shelvey, Spearing.

BRIGHTON: Brezovan, Calderon, Dunk, Greer, El-Abd; Buckley, Bridcutt, Navarro, LuaLua; Barnes, Vokes (Pemain simpanan): Ankergren (GK), Vincelot, Harley, Vicente, Noone, Mackail-Smith, Agdestein.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan