Piala FA: Terengganu Mahu Tebus Kekecewaan Kepada Perak

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu yang akan bertemu Perak dalam pusingan kedua Piala FA pada 10 Mac nanti mahu menggunakan saingan ini sebagai membalas dendam setelah pernah kalah 0-1 kepada pasukan itu dalam saingan pembukaan Liga Super musim ini.

Pengendali pasukan skuad Penyu, Mat Zan Mat Aris berkata sasaran itu adalah sebagai pelengkap misi bagi menebus kekalahan kepada Perak pada saingan Liga Super 10 Jan lalu dan sekaligus membangkitkan semangat pemain untuk mempertahankan Piala FA musim ini.

Terengganu memulakan saingan Piala FA dengan menumpaskan pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) 4-0 untuk menentang Perak, yang mengatasi Angkatan Tentera Malaysia 1-0 pada saingan kalah-mati.

Bagaimanapun, Mat Zan enggan mendabik dada dengan keupayaan anak buahnya dan menganggap pasti cabaran sengit menanti kerana pasukan Perak mempunyai kelebihannya tersendiri.

"Kita hormati dan tidak boleh pandang rendah keupayaan pasukan lawan terutamanya dalam perlawanan kalah mati ini," katanya, Ahad.

Mat Zan berharap anak buahnya dapat memenangi perlawanan seterusnya dan sekaligus dapat mengekalkan kejuaraan Piala FA yang dimiliki tahun lepas.

Sehubungan itu, beliau berkata Terengganu akan turun berhabis-habisan dengan barisan pemain berpengalaman yang diketuai oleh Marzuki Yusof dan berharap kesemua pemain berada dalam keadaan sihat serta mengizinkan untuk beraksi pada perlawanan seterusnya.

Mat Zan akan mempertaruhkan Francis Forkey Doe sebagai peledak berbisa untuk mengepalai jentera serangan yang bergandingan dengan Abdul Manaf Mamat.

"Walaupun perlawanan semalam (menentang PDRM) kita kekurangan dua pemain tidak dapat beraksi akibat kecederaan dan dua lagi bersama pasukan kebangsaan, anak buah saya masih mampu mengatasi kemaraan lawan dan harap diteruskan momentum ini," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan