Piala FA: Terengganu, Kelantan, Selangor Layak Ke Pusingan Kedua

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Terengganu, Kelantan dan Selangor berjaya melangkah ke pusingan kedua Piala FA setelah mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan pusingan pertama, Sabtu.

Terengganu, yang juga juara Piala FA sebanyak dua kali iaitu pada 2000 dan 2011, mara selepas mencatatkan kemenangan selesa, 4-0 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Empat gol pasukan tuan rumah dihasilkan oleh Abdul Hadi Yahya pada minit kesembilan, Abdul Manaf Mamat (minit ke-37 dan 65) dan penyerang import mereka dari Liberia Francis Forkey Doe pada minit ke-79.

Terengganu bagaimanapun bakal berhadapan tugas getir pada pusingan kedua 10 Mac ini apabila dijadualkan bertemu dengan Perak yang mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-0 di Stadium Perak semalam.

Jiran mereka, Kelantan turut melangkah ke pusingan kedua selepas mengatasi Sarawak, 2-1 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Pasukan pelawat terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Mohd Azizan Baba pada minit ke-18 sebelum Indra Putra Mahayuddin dan Nor Farhan Mohamad menyumbat dua gol untuk Kelantan pada minit ke-34 dan 91.

Menanti skuad Kijang pada pusingan kedua ialah Kuala Lumpur yang membenam cabaran wakil dari Johor, MP Muar dengan kemenangan 3-0 menerusi jaringan Arman Fareez Mohd Ali (minit ke-40), Khairul Anuar Shafie (60) dan Fazuan Abdullah pada minit ke-89 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Selangor turut mara selepas membelasah wakil Pahang Shahzan Muda 4-0 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.

Empat gol skuad bimbingan Irfan Bakti itu dijaringkan oleh pemain import mereka dari Croatia Bosko Balaban pada minit ke-21, Mohd Safiq Rahim pada minit ke-62 dan 72 serta kapten pasukan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-81.

Bagaimanapun hajat Negeri Sembilan untuk meneruskan kemaraan ke pusingan kedua tidak kesampaian selepas kalah 1-2 kepada Johor FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Pemain import dari Cameroon Jean Emmanuel Effa Owona terlebih dahulu menceriakan pasukan tuan rumah menerusi jaringan pada minit ke-24 sebelum pemain import dari Brazil Arthur Henrique Bernhardt menjadi wira pasukan Johor FC dengan menyumbat dua gol pada minit ke-29 dan 79. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan