Rasuah Bola Sepak: KBS Jumpa Jawatankuasa FAM Minggu Depan

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) minggu depan bagi mendengar hasil siasatan jawatankuasa itu berhubung isu rasuah bola sepak yang kembali menular baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pertemuan itu bertujuan bagi mendapatkan maklumat berhubung tindakan yang dibuat jawatankuasa itu terutama dalam mengenal pasti punca gejala itu.

"Saya kira tindakan-tindakan yang dibuat oleh FAM begitu positif sekali selain tindakan yang telah diambil kepada pemain dan pegawai yang didapati bersalah, langkah seterusnya adalah meminta pemain mengisytiharkan harta dan saya kira ini langkah yang amat positif sekali.

"Tapi ini sahaja tidak mencukupi kerana yang pentingnya ialah untuk menimbulkan ketakutan kepada pemain dan pegawai dan bagaimana untuk mendidik kerana rasuah ini datang dari rasa tamak haloba," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Ahmad Shabery berkata, jawatankuasa itu juga diharap dapat mengenal pasti semua kemungkinan yang mendorong berlakunya gejala rasuah termasuk mengenai keupayaan sesebuah persatuan bola sepak untuk membayar gaji pemain tepat pada waktunya. Mengulas mengenai kenyataan Ketua Keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Chris Eaton baru-baru ini yang menyebut pegawai FAM turut terlibat dalam isu rasuah, Ahmad Shabery berkata pihaknya akan meneliti dakwaan itu yang disifatkannya sebagai tuduhan.

Katanya, Eaton perlu menyatakan asas-asas kepada kenyataannya itu dan sekiranya kenyataan itu berasas, semua pihak perlu melihatnya secara serius.

"Saya tidak kata FIFA jangan campur tangan dalam soal ini kerana dalam dunia bola sepak ini kita tahu apa yang kita lakukan sedang diperhatikan, kerana Malaysia memerlukan pengiktirafan termasuk liga kita, kelab kita dan FAM.

"Kita tidak mahu FAM diambil tindakan oleh FIFA, jadi sekiranya isyarat telah diberikan oleh FIFA kita perlu menjawabnya (dan) dalam masa yang sama FIFA perlu menyediakan asas-asas kepada kenyataan berkenaan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan