Ferguson Menamakan Ryan Giggs Sebagai Calon Penggantinya

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ferguson yakin Giggs mampu menggantikan tempatnya sebagai pengurus Man United.
Ferguson yakin Giggs mampu menggantikan tempatnya sebagai pengurus Man United.

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson telah menamakan Ryan Giggs sebagai salah seorang yang berpotensi mengantinya sebagai pengurus Manchester United.

Kata Ferguson, walaupun Giggs tidak mempunyai sebarang pengalaman mengurus kelab tetapi beliau memiliki ciri-ciri semulajadi yang wujud dalam diri pengurus berkualiti dan berbakat.

Ferguson berkata demikian dalam satu sesi dialog tertutup dengan para usahawan baru-baru ini.

Minggu lalu, Giggs telah menandatangani perlanjutan kontrak untuk bermain semusim lagi bersama United yang akan menyaksikannya terus bermain sehingga mencecah usia 39 tahun.

Giggs juga bakal mencatat sejarah dengan menjadi pemain paling banyak bermain untuk United iaitu 900 perlawanan.

Beliau telah memenangi 12 kejuaraan liga, dua kejuaraan Eropah, empat Piala Carling, empat Piala FA sepanjang kariernya bersama United.

Kini, Giggs sedang dalam proses untuk memperolehi lesen kejurulatihan dan sebagai pemain paling lama berkhidmat untuk pasukan itu beliau dilihat sebagai calon yang sesuai untuk meneruskan legasi Ferguson.

Ferguson juga baru-baru ini telah memuji cara Giggs bermain dan menjaga kesihatannya bagaikan seorang yang hanya berusia 21 tahun.

"Hantarannya membolehkan penyerang menjaringkan gol dan dia bermain seolah-olah baru berusia 21 tahun tetapi pada hakikatnya dia sudah menghampiri 40 tahun," kata Ferguson.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan